Powered by Max Banner Ads 

Selamat Hari Pekerja!

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Esok 1 Mei 2008 merupakan hari pekerja. Jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua kakitangan kerajaan mahupun bukan kerajaan di seluruh Malaysia. Tidak terkecuali juga buat semua usahawan-usahawan internet yang bekerja keras sehari-hari untuk menghasilkan produk-produk yang canggih dan berkualiti untuk kegunaan pelanggan-pelanggan yang dikasihi. Semoga anda terus berjuang dalam menaiktarafkan bidang perniagaan internet ini.

Kerja juga merupakan satu ibadah jika dilakukan kerana Allah SWT. Bermakna, selain mendapat upah (gaji) di atas penat lelah kita bekerja, kita juga akan mendapat pahala. Setiap ibadah akan mendapat ganjaran di sisi Allah, selagi mana ia dilakukan dengan ikhlas. Apa-apa pekerjaan yang kita lakukan untuk nafkah diri sendiri dan keluarga, mestilah dilakukan dengan niat yang tulus. Dalam pada kita bekerja untuk menyara hidup ini, janganlah sekali-kali kita sebagai orang Islam mengabaikan ibadah-ibadah yang wajib seperti solat lima waktu. Kalau kita bekerja 25 jam (tambah sejam) sehari sekalipun, tidak ada gunanya jika pada masa yang sama kita mengabaikan ibadah-ibadah yang utama. Ingatlah, di akhirat nanti solat ialah perkara pertama yang akan disoal oleh Allah SWT kepada kita. Tidak ada gunanya kita kaya harta di dunia tetapi miskin kesempurnaan amal ibadah kerana di akhirat nanti yang berguna ialah pahala kebajikan, bukan harta benda.

Kesimpulannya, kita dituntut oleh agama supaya beramal bersugguh-sungguh di dunia demi kepentingan akhirat tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan kita di dunia. Carilah nafkah untuk diri dan keluarga kerana ianya juga merupakan satu tuntutan. Banyakkanlah amal ibadah demi kesenangan dan keselamatan di akhirat.

Wassalam

2 Responses to “Selamat Hari Pekerja!”

  1. titan Says:

    ehm..selamat hari pekerja sedunia!

    titan’s last blog post..Aku mahu tawan Gunung Kinabalu Kali Ke 5!


  2. Admin Says:

    Selamat Hari Pekerja! Titan kerja kat mana skang ni ye? Ke sepenuh masa dari rumah? :)
    Admin’s last blog post..Selamat Hari Pekerja!


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Powered by Max Banner Ads