Satu Lagi Peluang Perniagaan
Jun 28, 2008 Umum
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah, setelah beberapa hari saya tak berkesempatan menulis entri baru untuk blog ini kerana kesibukan mengurus hal-hal harian, hari ini dapat meluangkan masa untuk menjenguk blog saya. Sebagaimana kita semua sedia maklum, sekarang peluang untuk memiliki perniagaan internet semakin luas. Di mana sekalipun, ada saja orang menganjurkan seminar atau kursus perniagaan internet. Ini membuktikan perniagaan internet semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita khususnya. Kali ini saya nak umumkan satu lagi peluang untuk anda mengikuti seminar perniagaan.
Saya ada satu berita gembira terutama sekali untuk anda yang tinggal di negeri-negeri Pantai Timur. Satu seminar mengenai Perniagaan SMS akan diadakan di negeri Kelantan. Untuk makluman anda, Perniagaan SMS masih jarang diterokai. Jadi, ini merupakan peluang keemasan untuk anda.
Berbalik kepada seminar tadi, ia akan diadakan pada 5hb Julai 2008 (Sabtu), bertempat di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu, Kelantan. Masa bermula dari pukul 8.30 AM hingga 5.00 PM. Seminar tersebut akan di kendalikan oleh saudara Irwan Dahnil yang mana tidak asing lagi di kalangan pengusaha perniagaan internet di Malaysia. Beliau akan mendedahkan tentang rahsia menjana pendapatan melalui SMS. Anda pasti akan merasa teruja setelah didedahkan betapa mudahnya membuat pemasaran melalui SMS ini.
Jadi, saya cadangkan anda jangan melepaskan peluang ini. Pastikan anda dapat menyertai seminar Perniagaan SMS yang bertempat di Hotel Sutera Inn di Kota Bharu. Ingat, pastikan juga anda membuat tindakan susulan selepas menyertainya jika anda benar-benar ingin menjana pendapatan melalui SMS.
Tags: Irwan Dahnil, Perniagaan SMS, seminar



/>
/>
/>
Leave a Reply