TIPS: 3 Langkah Mudah Jana Wang Melalui Internet
Jul 14, 2008 tips
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera
Melalui pemerhatian saya, ramai orang yang nak cepat dapat duit banyak melalui internet tapi tak tahu caranya. Ya, saya pernah nyatakan sebelum ni, memang nak jana pendapatan yang lumayan dari internet ni tidaklah sesusah yang mungkin anda sangkakan, itupun kalau anda tahu cara-cara yang betul untuk melakukannya. Setelah saya buat ’survey’ ke forum-forum IM dan sebagainya, saya dapati masih ramai mereka yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘newbie’, asyik bertanyakan hal ini. Jadi kali ini saya terfikir untuk berkongsi sedikit tips-tips yang agak mudah (tapi mampu memberikan pulangan wang) dengan anda. Tips yang saya maksudkan ini agak ’simple’, iaitu melibatkan 3 langkah sahaja:-
PERTAMA: Dapatkan satu blog sebagai langkah pertama. Anda boleh ke Wordpress atau Blogger untuk maklumat lanjut tentang bagaimana nak memiliki blog percuma. Tapi saya cadangkan Wordpress sebab ia lebih ‘friendly’ dan ramai IM menggunakannya. Jika anda ada sedikit peruntukan, saya cadangkan anda dapatkan produk SmartZul, Pakej Kit Blogger. Produk ini sangat sesuai untuk anda belajar apakah blog dan bagaimana untuk membina blog sendiri tanpa perlu buang duit upah orang lain. Untuk pengetahuan anda, Google boleh dikatakan sangat ’suka’ blog. Anda rajin kemaskini blog anda, selalu update, maka peluang untuk blog anda naik ‘ranking’ dalam enjin carian Google adalah cerah. Ini bermaksud kemungkinan blog anda akan dapat lebih banyak ‘traffic’ adalah tinggi. Pening kepala dengan ayat-ayat di atas? Dapatkan Pakej Kit Blogger segera, InsyaALLAH pening kepala anda hilang (iklan sikit!).
KEDUA: Cari syarikat atau individu yang menawarkan program affiliate untuk produk-produk mereka. Anda ’sign up’ dengan mereka kemudian buat promosi untuk produk-produk affiliate mereka. Pastikan anda baca dan faham betul-betul syarat-syarat yang pihak yang menawarkan program affiliate tu sediakan. Buat promosi atau iklankan produk-produk mereka di blog anda. Nampak? Inilah gunanya blog. Ianya ibarat sebuah kedai untuk anda menjual barang-barang anda.
KETIGA: Tulis ‘review’ berkaitan dengan produk affiliate tersebut di blog anda. Langkah ini sangat penting untuk menarik pelawat-pelawat blog anda membaca dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk tersebut. Jika mereka beli produk tu, tuan punya produk dapat untung, anda pula dapat komisyen dari setiap pembelian, dapat untung juga. Sama-sama untung, tak ada siapa yang rugi. Saya cadangkan kalau boleh, anda cuba dulu sesuatu produk yang anda nak promosi tu. Barulah promosi anda lebih berkesan. Kalau anda sendiri tak cuba, macam mana anda nak jawab kemusykilan pelawat-pelawat blog anda berkaitan produk tersebut? Jadi lebih selamat anda cuba sendiri dulu baru buat promosi. Letakkan banner produk affiliate tersebut di blog anda dan pastikan link-link di blog anda tu ‘valid’. Ini akan membantu pelawat-pelawat anda membuat keputusan yang menguntungkan anda.
Saya yakin ketiga-tiga langkah di atas sangat ringkas dan mudah untuk anda ikuti. Anda boleh mulakan langkah pertama dan seterusnya hari ini juga. Cubalah dengan bersungguh-sungguh, InsyaALLAH anda akan nampak hasilnya.



/>
/>
/>
September 23rd, 2008 at 6:31 am
Salam,
Saya dah membuat banyak survey tentang panduan buat duit dengan internet, dan saya dah ada 3 blog. Blog yang ketiga saya guna tips tersebut tapi sampai sekarang saya tak nampak apa2pun. Saya pun dah membeli ebook panduan tapi tidak membantu sangat sebab ada ’steps’ yang tidak jelas..mungkin saya ni newbie..tu yang blur je..hehehe.
et
September 23rd, 2008 at 7:13 am
Salam et,
Tahniah sebab et dah ada 3 blog. Saya sendiri pun baru ada 1 blog, tehehe. Tentang tak nampak hasil, biasa la tu. Ada sesetengah IM tu dah bertahun terlibat dengan dunia bisnes online ni baru dapat kecapi hasilnya. Lagi satu, mungkin strategi bisnes kita tak tepat, itu pun satu kesilapan biasa. Saya yakin et akan belajar cara untuk memajukan teknik atau strategi ‘berblog’ et selagi et tak putus asa. Tentang tak jelas dengan steps yang diajar melalui ebook tu, saya cadangkan et hubungi penulis ebook tersebut dan tanya dia step mana yang et tak faham. InsyaALlah dia akan tolong, memang takde cara lain lagi dah. Saya sendiri kalau ada tak faham tentang cara yang diajar melalui sesuatu ebook, saya akan segera hubungi penulisnya.
p/s: Saya nasihatkan et jangan sekali2 berhenti berblog dan putus asa. Siapa tahu mungkin tak lama lagi et akan jadi salah seorang IM bertuah yang punya income tetap dari internet. Siapa tahu, kan?
September 25th, 2008 at 6:47 pm
Salam,
thanks for the comment, berkobar-kobar rasanya nak mendalami ilmu ‘berblog’ ni.susah gak nak maintain 3 blog, tapi yang bestnya dapat menulis secara santai, kalau dapat jana income lagi bagus.tiap-tiap hari saya baca semua ebook yang saya download. rasanya dah boleh buat perbandingan, tapi apa pun,saya rasa tercabar sikit sebab kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tak boleh.tahniahla pada yang berjaya, kalau dapat tolong kami yang baru nak mula ni lagi bagus, boleh tambah rezeki anda.
September 25th, 2008 at 8:55 pm
Salam et,
Untuk pengetahuan et, yang jadi sumber inspirasi dan penguat semangat saya ialah salah seorang saudara saya sendiri. Saya masih ingat masa mula2 dia menceburi bidang bisnes online ni, keadaannya sama macam et sekarang (lebih kurang la kut). 2 tahun dia tak dapat apa2 hasil (habuk pun tarak) tapi masih terus berblog dan dia buat tak pedulik je dengan ‘ketidak-adaan’ hasilnya tu. Tapi masuk ke tahun ke 3, saya terkejut (dia lagilah terkejut) bila dapat RM4k dalam masa sebulan lebih, setelah masuk tahun ke 3 dia promosi produknya tu. So apa kesimpulan yg et dapat dari cerita tentang saudara saya ni? Kalau saya, saya simpulkan rezeki kita tetap ada, cuma lambat atau cepat je. Rezeki adalah salah satu perkara ‘ajaib’ sebab ia datang bila, di mana dan bagaimana adalah satu misteri buat kita. InsyaALLAH rezeki et dalam bisnes online ni pun ada, cuma kena bersabar sikit je. Takde sebab et gagal kalau dah berusaha dan betul cara & strateginya. Tunggu masa je, InsyaALLAH. Saya yakin et pun akan nampak hasil usaha et tak lama lagi. Berusaha & Bertawakal, jadikan moto
September 26th, 2008 at 1:24 pm
salam, terimakasih la bagi komen, saya memang minat sangat dan dah berazam, selagi tak penuh ilmu di dada selagi tu saya belajar benda ni, walaupun mata spec saya semakin tebal. betul kata admin, lambat atau cepat tu tak mengapa yang penting kena usaha.kenapa saya nak berblog ni sebab saya fikir selain mengadap komputer untuk siapkan tesis, sambil-sambil tu lah dok surf segala macam websites dan info pasal jana income ni..maklumlah setiap semester ikat perut nak bayar yuran.kenalah fikir alternatif lain nak dapat income lebih ni. saya berdoa Allah permudahkan jalan saya ni. apa pun selamat hari raya dan maaf zahir batin.semoga terus sukses.
September 26th, 2008 at 6:21 pm
Selamat Hari Raya jugak buat et. Kiranya et ni student lagi la yea? Bagus tu, sambil belajar sambil cari jalan tambah pendapatan. Et kira bertuah la tu ‘nampak’ jalan bisnes online ni awal2 lagi. Saya ni dah tua dah baru jumpa jalan ni
Apa pun sama2 la kita berusaha dan berdoa dipermudahkan segala urusan dan hidup di dunia… insyaALLAH 