Powered by Max Banner Ads 

Beberapa Produk Berguna Untuk Perniagaan Internet Anda

Assalamu’alaikum

Saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera belaka. Alhamdulillah, saya pun baru je kebah dari demam. Maklum la, cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas, lepas tu hujan lebat pulak. Panas, sejuk, panas, sejuk, akhir sekali kesimpulannya, kena demam.

Tapi entri kali ni bukan la nak bercerita tentang saya. Dalam 2-3 hari ni saya tercari-cari topik apa yang sesuai untuk saya bincang dan kongsi dengan anda. Ya, tiba-tiba saya dapat ilham, iaitu topik berkenaan dengan produk-produk yang amat berguna untuk anda jika anda sudah bersedia untuk memulakan langkah pertama membina perniagaan internet anda sendiri. Saya sendiri pun ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang online business ni, tercari-cari jugak produk apa yang sepatutnya saya miliki untuk memajukan perusahaan internet saya ni. Jadi sekarang, kalau anda dah nak mulakan perniagaan internet anda tapi masih tercari-cari produk yang berguna untuk assist anda, jangan gusar. Saya ada beberapa produk yang sudah terbukti keberkesanannya dalam dunia ebiz yang boleh saya cadangkan kepada anda. Produk-produk tersebut ialah:-

  1. Pakej Lengkap Perniagaan Internet oleh Monakas (Mohd Najib Kasimin). Produk ini antara yang paling lengkap membicarakan tentang bagaimana untuk membina empayar perniagaan internet anda sendiri dengan lengkap dan terperinci. Pakej Lengkap Perniagaan Internet disediakan dalam bentuk ebook yang disusun rapi dan lebih 8 jam video tutorial yang disampaikan sendiri oleh Monakas. Anda akan diajar bagaimana untuk memulakan perniagaan internet, bagaimana nak menyediakan produk atau perkhidmatan di internet, apakah model-model perniagaan internet yang mendapat sambutan di pasaran dan banyak lagi ilmu-ilmu yang berguna terdapat di dalamnya. Pendapat saya, produk ini adalah wajib anda miliki jika ingin menguasai ilmu perniagaan internet.
  2. Pakej Web Jualan Evolusi oleh Mohd Amirol Zolkifli. Di dalamnya anda akan didedahkan dengan ilmu-ilmu yang penting dan cukup berguna tentang selok-belok perniagaan internet seperti asas-asas perniagaan internet, domain dan hosting, bagaimana nak membina web jualan, memasang sistem pembayaran dan lain-lain. Ia juga dilengkapi dengan video sokongan yang akan memimpin anda untuk memahami bahagian-bahagian teknikal yang terdapat dalam Pakej Web Jualan Evolusi.
  3. Pakej Kit Blogger oleh SmartZul. Jika anda masih terkial-kial untuk memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan blog dan blogging, maka produk ini memang sangat berguna untuk anda. SmartZul telah membuktikan kepakarannya dalam blogging dengan mengeluarkan produknya sendiri, Pakej Kit Blogger. Dengan produk ini anda akan diajar langkah demi langkah secara terperinci tentang apakah blog, cara untuk membina blog anda sendiri dan banyak lagi hal-hal berkaitan dengan blog. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pun mula memahami tentang blogging setelah membaca dan mempraktikkan apa yang diajar dalam Pakej Kit Blogger ni. Memang saya akui produk ini cukup berguna sekali untuk mereka yang ingin memiliki blog sendiri. Tak payah buang duit upah orang untuk setup blog anda, anda boleh lakukan sendiri segala-galanya. Juga didatangkan sekali video tutorial yang akan membantu anda memahami langkah-langkah membina blog sendiri.

Terdapat banyak lagi produk-produk lain yang membantu anda memantapkan lagi ilmu perniagaan internet anda, tapi saya rasa cukuplah 3 produk di atas untuk kali ini. Saya akan senaraikan lagi produk-produk lain di entri yang akan datang, InsyaALLAH. Sekarang, jika anda belum ‘familiar’ dengan 3 produk ‘hangat’ tersebut, saya cadangkan anda lakukan ‘research’ dengan segera. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki ketiga-tiga produk di atas kerana setiap satunya memiliki ilmu perniagaan internet dari sudut yang berlainan. Ketiga-tiganya mengajar anda tentang asas-asas perniagaan di internet dan sekaligus memimpin anda dalam menjayakan usaha anda dalam bidang ebiz.

Peringatan!! Pastikan anda praktik ilmu-ilmu yang anda dapat dengan berdisiplin dan bersungguh-sungguh, barulah anda akan dapat hasilnya. Kalau beli sesuatu produk, jangan setakat beli dan baca saja, tapi amalkanlah ilmu yang diperolehi dengan segera. InsyaALLAH anda akan kecapi hasilnya.

Wassalam

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Powered by Max Banner Ads