Beberapa Produk Berguna Untuk Perniagaan Internet Anda (2)
Jun 16, 2008 Produk Hangat
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera
Seperti yang saya janjikan pada entri yang lalu, saya akan membuat sedikit review tentang produk-produk yang berguna jika anda ingin memiliki perniagaan internet sendiri. Bagaimana dengan produk-produk yang saya sarankan kepada anda dalam entri yang lalu? Saya harap anda dah buat ’survey’ dan lebih bagus, beli produk-produk tersebut. Eh, jangan takut untuk keluarkan wang! Saya yakin anda akan dapat manfaat yang besar dari produk-produk tersebut jika anda betul-betul faham dan praktikkan apa yang anda pelajari darinya. Kalau nak berjaya dalam perniagaan internet khususnya, memang anda takkan dapat lari dari mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli produk-produk berkualiti. Produk-produk inilah yang akan membantu anda ‘meluaskan’ langkah dalam bidang perniagaan internet ni. InsyaALLAH, kalau anda betul-betul mempraktikkan apa yang diajar oleh otai-otai & sifu-sifu ebiz dalam produk-produk mereka, anda akan mendapat pulangan yang lebih baik.
Baiklah, kali ni sekali lagi saya nak kongsi dengan anda beberapa produk yang ‘reliable’ untuk perniagaan internet anda:
- Web Tools I v2.0 Best Collection oleh saudara Ahmad Syaifuddeen a.k.a Abooain. Pakej beliau yang ‘agak terkenal’ ini memang telah terbukti mendapat sambutan yang agak meriah. Untuk pengetahuan anda, Pakej Web Tools 1 ini mengandungi lebih dari 10,000 files terdiri dari pelbagai jenis grafik, template, header, footer, software, ebook dan bermacam-macam lagi keperluan untuk membina laman web. Jadi sekarang anda sudah jelas, kan? Pakej Web Tools 1 adalah sebuah produk yang dihasilkan khusus untuk anda yang mempunyai minat untuk membina laman web sendiri. Kalau anda dah ada idea dan rancangan untuk memulakan perniagaan internet, mungkin persoalan ini menghantui anda: macam mana nak bina laman web? Nak upah pakar, mahal la pulak. Mungkin beratus-ratus, bahkan beribu-ribu ringgit. Kalau itu yang jadi masalah anda, maka saya cadangkan anda dapatkan produk ini. Berbaloi, saya tahu sebab saya dah beli!
- Web Tools II Bonanza oleh Abooain. Ini adalah ’sequence’ untuk Pakej Web Tools I dari Abooain. Tujuan produk ini dihasilkan masih sama seperti Pakej Web Tools I, bezanya ialah Web Tools II Bonanza ni lagi ‘dahsyat’ dari yang pertama. Web Tools II Bonanza mengandungi lebih dari 150 produk ‘Private Label Rights’, ‘Master Resell Rights’ dan ‘Source Code’ terkini dan terhangat di pasaran. Ya, anda bukan saja dapat pakej grafik untuk laman web anda, bahkan setiap produk ‘Full Master Resale Rights’ yang terdapat di dalam pakej ini boleh dijual semula! Jadi, mula-mula anda beli, guna untuk diri anda disamping dapat menjana pendapatan pula darinya. Dua kali untung tuu!
- Raja Affiliate oleh saudara Syed Hafidz Al-Nashreaq. Ha, produk ni khusus untuk mereka yang fokus pada pasaran affiliate dan nak sangat jadi agen affiliate yang maju jaya. Kalau anda dah lama dok tercari-cari sumber ilmu tentang affiliate ni, maka jangan tunggu lagi. Dapatkan segera produk yang ’super berguna’ untuk jadi agen affiliate yang berjaya ini. Melalui produk ini, anda akan diperkenalkan tentang affiliate daripada asas, bagaimana cara memilih program affiliate yang terbaik dan boleh mendatangkan untung kepada anda, bagaimana untuk membuat promosi yang betul-betul berkesan dan baaaanyak lagi teknik dan tips yang terbukti berkesan. Kalau anda kekeringan idea dan produk untuk diniagakan di internet, maka kaedah affiliate memang sesuai dijadikan langkah alternatif dan produk Raja Affiliate ni adalah satu produk yang mesti anda miliki. Belajarlah dari A sampai Z tentang affiliate melalui ebook Syed Hafidz ini.
Macam mana? Saya rasa dah banyak produk-produk hebat yang saya review di sini. Anda boleh pilih mana satu produk yang sesuai dengan pendekatan yang digunakan dalam perniagaan online anda. Tak ada ruginya kalau anda beli produk-produk tersebut. Memang telah terbukti semuanya dapat membantu seseorang usahawan internet untuk terus maju dalam bidangnya. Apa yang penting, usaha anda mesti diteruskan disamping anda mempraktikkan apa yang anda pelajari dari produk-produk tersebut dengan penuh disiplin dan berterusan.
Cukup setakat ini saja dulu review dari saya, berjumpa lagi di entri berikutnya.
Tags: Abooain, Bonanza, Raja Affiliate, Web Tools I, Web Tools II



/>
/>
/>
Leave a Reply