Powered by Max Banner Ads 

Jom Dapatkan $1.00 Sekarang Juga!!

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, walaupun ada di antara kita yang dah pun mula bekerja hari ni (atau sejak semalam), kehangatan Hari Raya masih terasa. Kebanyakan kita ni yang dah bergelar bapa atau bapa saudara, dah tentu banyak RM dah yang melayang pada Hari Raya ni. Maklum je la, anak-anak buah ramai. Yang kecik pun ada, yang dah tak berapa kecik lagi pun ada. Semuanya kena sogok dengan duit raya, betul tak? Jadi tak hairan la kalau ramai antara kita ni yang ‘pokai’ selepas raya. Fenomena biasa la tu. Tapi tahukah anda (harapnya anda belum tau lagi ni), ada satu cara untuk anda dapatkan semula duit-duit yang dah melayang pada Hari Raya ni?

Apa yang saya nak beritahu anda ialah seorang IM antarabangsa, Russell Brunson mengadakan satu pertandingan yang diberi nama $100 Million Dollar Challenge. Fuii! Tengok pada nama pertandingan tu pun dah teruja, ye tak? Bukan 1, 10, tapi 100 juta USD tuu! Sekarang tak payah cakap banyak. Saya sebenarnya nak ajak anda join sekali pertandingan tu. Untung-untung dapat USD100 juta, sapa tau kan? Sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut:

RUSSELL BRUNSON’S $100 MILLION DOLLAR CHALLENGE CONTEST

Langkah untuk join pertandingan ni ringkas dan mudah saja. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik link di atas, isikan nama, alamat emel dan kata kunci pilihan anda di laman yang tertera dan klik butang ‘Enter Contest Now’. Anda seterusnya akan dibawa ke laman CP anda. Antara perkara yang ‘best’nya ialah anda tak perlu kerluarkan satu sen pun untuk join pertandingan Russell Brunson ni. 100% free la orang kata.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk dapat hasilnya? Di laman CP anda tersebut, anda akan diberikan link affiliate, tools untuk tujuan promosi link anda dan sebagainya. Bila dah dapat link affiliate tu, saya rasa anda dah tentu tahu apa yang seterusnya anda patut buat, kan? Ya! Mulakan la promosi link affiliate anda tu, apa lagi!

Sebelum saya mengundurkan diri (bukan lari ye), saya nak ingatkan anda jangan lupa untuk mula ‘menjoinkan’ diri untuk pendapatan USD anda sekarang juga. Mana tau, kut-kut rezeki anda pun ada di pertandingan ni, ye tak?

RUSSELL BRUNSON’S $100 MILLION DOLLAR CHALLENGE CONTEST

Salam Ikhlas,

Shauqie.

Selamat Menyambut ‘Aidilfitri 2008!

Assalamu’alaikum & Salam Syawal

Di Pagi Aidilfitri Takbir Raya Memecah Sunyi,
Tanda Syawal Menjelma Lagi Moga Allah Memberkati,
Hari Raya Hari Mulia Disambut Dengan Iman Di Hati,
Agar Beroleh Rahmat Di Dunia dan Akhirat Nanti…

Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri & Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepada pelawat-pelawat blog ini khususnya dan kepada umat Islam di seluruh dunia umumnya. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berjuang menentang hawa nafsu dengan menunaikan ibadah puasa kerana Allah SWT, kita dikurniakan ‘hadiah’ dariNya iaitu ketibaan Syawal. Marilah kita sama-sama berdoa agar dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya tahun 2008 ini.

Hari Raya bukan hari untuk kita bersuka ria semata-mata tetapi juga untuk meraikan sebuah kemenangan, iaitu kemenangan dalam menentang kehendak hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Sebulan kita ‘berpantang’ dari melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat di bulan-bulan yang lain, dalam usaha untuk memperkasakan iman dan membina ruh akhlak Islamiyyah. Puasa pula bukan menahan diri dari makan dan minum dari Subuh hingga Maghrib semata-mata, tetapi juga menahan diri dari melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum di sepanjang bulan Ramadhan. Ini secara tak langsung dapat membina peribadi muslim sejati yang betul-betul cintakan Allah SWT.

Berlalunya bulan Ramadhan al-mubarak ini diharap berlalulah juga sifat-sifat negatif yang ada pada diri. Soalnya kenapa masih ramai hamba-hamba Allah SWT yang berpuasa tapi masih tetap tidak dapat meninggalkan atau mengikis sifat-sifat dan kehendak negatif dari dalam diri? Jawabnya ialah ini kerana mereka hanya berpuasa mulut dan perut (tidak makan dan minum) saja sedangkan hati mereka tidak ‘berpuasa’. Anggota badan mereka juga tidak ‘berpuasa’. Mereka tak makan dan minum tapi hati mereka tetap tidak dihalang dari membisikkan keburukan kepada diri, dibiarkan akal fikiran dikuasai oleh hati yang parah (dengan dosa dan penyakit hati). Mereka berpuasa dari makan dan minum tapi anggota badan tetap tidak ditahan dari melakukan kekejian. Contoh; mata tidak ditahan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, begitu juga dengan telinga, mulut pun digunakan untuk umpat keji, tangan dan kaki juga tetap melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ramai juga orang yang menjaga puasa di siang hari dengan begitu baik sekali tapi pada waktu malamnya tidak pula menjaga akhlak dan perilaku mereka. Sebagai contoh, ada orang yang berpuasa di siang hari tapi di malam harinya dia merempit. Mudah saja contohnya, kan? WARNING: Kisah benar yang benar-benar berlaku, bukan kisah benar yang direka!

Kita harapkan semoga usia kita terus dilanjutkan oleh Allah SWT dalam keadaan kita sentiasa beribadat dan berbakti kepadaNya sehinggalah sampai bulan Ramadhan berikutnya. Kepada anda yang pulang berhari raya di kampung halaman, dinasihatkan berhati-hatilah semasa memandu pulang. Pohonlah keselamatan dari Yang Esa sehingga anda sampai ke destinasi.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Kullu  ‘aam wa antum bikhair.

Wassalam,

Al-faqiiru ilaLlah… Shauqie.

Musuh Utama Newbies Dalam Bisnes Online

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Setiap hari pasti ada orang-orang yang baru menceburi bidang perniagaan internet. Biasanya mereka ni disebut sebagai ‘newbies’. Sebagai orang baru, ketiadaan pengalaman dalam bidang perniagaan internet ni sudah tentu membawa masalah kepada mereka. Mereka mungkin tak boleh nak bezakan yang mana betul-betul peluang perniagaan yang membawa keuntungan atau yang mana hanya merupakan satu penipuan. ‘Online Scams’ merupakan satu istilah yang tak asing lagi bagi mereka yang berada di tahap veteran, expert dan yang sama waktu dengannya. Mereka yang berada di tahap ini juga mungkin tak ada masalah untuk mengelak dari menjadi mangsanya. Tapi bagaimana dengan newbies? Adakah mereka boleh selamat dari menjadi mangsa online scams ini dalam keadaan mereka tak punya pengalaman untuk mengenalinya?

Terus terang saya nyatakan bahawa online scams atau penipuan online ini salah satu perkara yang para newbies mesti jadikan ‘musuh utama’. Ramai juga newbies yang putus asa atau ‘patah hati’ untuk terus maju dalam bidang perniagaan internet ini setelah menjadi mangsanya. Antara sifat online scams ini ialah menjanjikan kekayaan atau kemewahan segera dengan menyertai sesuatu program atau membeli sesuatu produk (contohnya kaya raya dalam masa seminggu, dalam beberapa hari dapat puluhan ribu). Ada juga laman-laman web yang meminta bayaran ‘membership fee’ pada masa yang sama. Jadi untuk para newbies, anda kena yakin yang anda sedang berdepan dengan online scams jika anda berada di laman-laman web sedemikian. Tak ada kekayaan atau kesenangan segera tanpa berusaha dan berbuat apa-apa. Skim cepat kaya  juga termasuk dalam kategori online scams. Itu cuma satu penipuan yang ketara!

Memang tak dapat dinafikan yang sekarang ini laman-laman web yang lebih kepada online scams ini semakin banyak muncul, macam cendawan tumbuh selepas hujanlah katakan. Secara jelasnya, ini semua adalah angkara mereka yang mementingkan diri dan tidak memikirkan nasib mangsa-mangsa mereka. Tujuan utama mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah keuntungan peribadi. Para newbies, anda perlukan seseorang yang anda percaya dalam bidang perniagaan internet ni sebagai pembimbing anda. Barulah keadaan ini dapat dielakkan. Dalam keadaan peluang ‘buat duit’ di internet ni boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti melalui pemasaran produk affiliate, blogging, pemasaran email dan lain-lain lagi, mungkin ada newbie yang ‘blind’ dan tak dapat membezakan yang mana betul-betul peluang perniagaan internet atau yang mana ‘pemangsa’ yang kejam dan rakus (dalam bab menggelapkan duit kesayangan anda).

Kesimpulannya kita kena sentiasa berhati-hati dan membuat pemerhatian yang teliti untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa online scams atau penipuan di internet ni. Jauhi laman-laman web yang menjanjikan kekayaan dan kejayaan yang ‘terlampau’ segera kerana itu merupakan satu pembohongan yang agak nyata!

Majalah IM ke-7 Semakin Berisi

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Ya, tajuk entri kali ni dah menceritakan segala-galanya. Team Flarebiz telah menerbitkan Majalah IM ke-7 dan kali ini saudara Alang (yang memang bukan calang-calang) tampil sebagai penghias muka depan. Sememangnya Majalah IM ke-7 ini semakin padat dengan info-info terkini yang sangat-sangat berguna untuk mereka yang bergelar IM samada yang dah veteran atau newbies. Team Flarebiz juga telah menemubual saudara Alang dan seperti biasa disertakan sekali fail audio temubual tersebut. Dalam temubual itu, saudara Alang berkongsi banyak sekali pengalaman sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan internet. Saudara Alang juga menulis dalam Majalah IM kali ini dengan tajuk artikel beliau Jenis-Jenis Direktori.

MAJALAH IM ke-7

Tajuk utama yang menjadi fokus perbincangan Majalah IM kali ini ialah tentang perniagaan produk fizikal di internet. Saudara Adly @ Labanon, saudara Zamri Nanyan dan saudara Noorizam Shah menulis tentang cabaran, rintangan dan kekangan perniagaan produk fizikal. Saudara Amar Mahmood masih lagi meneruskan penulisan beliau tentang minda dan kali ini artikel beliau bertajuk Mindset Yang Betul Untuk Menarik Kekayaan. Jadi kalau anda masih tercari-cari macam mana nak set minda anda untuk jadi kaya dan berjaya, kena dapatkan Majalah IM ke-7 ni dengan segera. Ruangan Soal-Jawab bersama saudara Amirol Zolkifli juga nampaknya semakin panjang lebar dan berjela-jela, penuh dengan maklumat yang berguna tentang bagaimana untuk menjana pendapatan melalui internet.

Turut sama menyumbangkan tulisan mereka dalam Majalah IM kali ini ialah Galadriel, Kidino, SmartZul dan beberapa orang lagi IM yang berpengalaman yang membincangkan tentang topik-topik yang penting dalam dunia bisnes online ini. Saya rasa sekarang ni anda pun dah mula tak sabar nak download Majalah IM kali ni, ye tak (kalau anda masih belum download lagi la maksudnya)?

MAJALAH IM ke-7

Sememangnya Majalah IM kali ini agak istimewa sikit. Sebenarnya saya memang ada niat nak bongkarkan apa yang ‘istimewa’ sangat dengan Majalah IM kali ni, tapi saya batalkan niat murni tu sebab nak suruh anda sendiri yang bongkar. Jadi, apa tunggu lagi, segera la download Majalah IM ke-7 ni dan cari sendiri apa yang istimewa sangat tentangnya.

Selamat Menyambut Ramadhan 1429H!

Assalamu’alaikum

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 2008 bersamaan dengan 1429H kepada semua pelawat-pelawat blog saya (yang seagama dengan saya) khususnya dan kepada umat Islam di seluruh dunia umumnya. Alhamdulillah kita dipanjangkan lagi usia oleh Allah SWT sehingga kita dapat bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini untuk kesekian kalinya. Pada bulan yang tak terhitung rahmat dan berkatnya ini, marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menjadi hamba Allah yang muttaqin. Perbanyakkanlah mengingati Allah, pelbagaikan ibadah dan sebagainya. Sebagaimana yang kita semua tahu, bulan Ramadhan juga terkenal dengan Lailatul-Qadarnya, iaitu satu malam yang barangsiapa beribadah sepanjang malam tersebut, akan diberi ganjaran pahala menyamai pahala ibadah yang dilakukan selama 1000 bulan (bukan RM1000 sebulan!).

Berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita mengurangkan produktiviti kita, bahkan sebaliknya ia boleh dijadikan pembakar semangat untuk terus bekerja melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi. Ini disebabkan kita faham bahawa setiap kerja yang dilakukan kerana Allah akan dikira sebagai ibadah. Lebih banyak kita bekerja maka lebih banyak pahala yang akan kita raih. Bukan saja dapat untung di dunia (ganjaran bekerja) tapi juga untung di akhirat (ganjaran pahala dan rahmat). Apa lagi jika bekerja di bulan Ramadhan ini, terlalu besar dan banyak balasan baik yang dijanjikan oleh Allah SWT. Inilah untungnya jadi hamba Allah yang beriman!

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat IM sekalian, marilah kita sama-sama merebut peluang untuk meraih rahmat keampunan dan kasih sayang Allah yang sentiasa tercurah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Di samping sibuk dengan kerja dan tugas seharian (menghasilkan produk baru atau sibuk buat promosi), jangan sekali-kali kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Semoga kita sentiasa berada dalam genggaman rahmat Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amiin…

MMR Mega Sales 2008

MRR Mega Sales 2008Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu saya tak berpeluang untuk menulis di blog ini, hari ini saya diberi kesempatan olehNya untuk kembali dengan satu berita gempar yang akan saya kongsikan dengan anda. Berita gempar yang saya maksudkan ialah tentang produk terbaru saudara Ahmad Syaifuddeen Mohamad aka Abooain. Sebelum itu saya nak tanya, adakah anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan internet tapi ketandusan idea atau produk? Atau… anda dah jumpa produk tapi harga yang ditawarkan melangkaui tahap kemampuan anda? Kalau begitu berita gempar yang saya nak bawakan ni memang berguna untuk anda…

Sahabat IM saya, Abooain yang sememangnya terkenal sebagai usahawan produk Master Resell Right (MRR) telah pun melancarkan jualan MEGA beliau yang ketiga bagi tahun ini, iaitu tahun 2008. Pakej yang beliau namakan MRR MEGA SALES ini mengandungi lebih dari 100 produk MRR yang  terdiri dari perisian, ebook, report dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia ebiz. Jadi kalau anda seorang yang kekeringan produk untuk dijual, MRR MEGA SALES ini memang untuk anda.

Bagaimanapun, anda MESTI bertindak segera jika berminat untuk mendapatkannya kerana ia ditawarkan dengan harga yang sangat-sangat ISTIMEWA tetapi TERHAD  kepada 50 pembeli pertama saja. Setelah kuota 50 orang tu dah dicapai maka harga pakej MRR MEGA SALES ini akan dinaikkan serta-merta. Berminat untuk mendapatkannya?

MMR MEGA SALES 2008

Baiklah, bagi mereka yang dah berpengalaman dalam dunia IM ni, mungkin istilah-istilah seperti MRR, PLR dan RR adalah tidak asing lagi. Tapi bagi ‘newbie’, istilah-istilah seumpama ini pasti mengelirukan. Jadi disini saya nak jelaskan secara ringkas apakah maksud bagi istilah-istilah yang digunakan di sini:

MRR - Singkatan Master Resell Right, iaitu Hak Penjualan Semula produk, ebook atau sebagainya. Anda diberikan lesen untuk menjual semula produk tersebut dan pelanggan anda pula  berhak memberikan lesen kepada para pembelinya.

PLR - Singkatan Private Label Right - Anda diberikan Hak Penjualan Semula dan beberapa hak atau lesen sama ada untuk mengubah-suai produk tersebut, meletakkan nama anda,  mengubah-suai ecover, website dan sebagainya. Seolah-olah anda sendiri yang mencipta produk tersebut.

MMR MEGA SALES 2008

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej MRR MEGA SALES 2008 yang dikeluarkan oleh saudara Abooain ini, sila klik link yang telah saya berikan di atas dengan segera. Ingat, tawaran HARGA MAUT pakej MRR MEGA SALES ini adalah TERHAD. Bertindak segera demi faedah anda hari ini juga!

Majalah IM Edisi Ogos

Assalamu’alaikum

Team Flarebiz telah pun menerbitkan Majalah IM ke-6. Seperti keluaran yang sebelumnya, Majalah IM edisi Ogos ini juga padat dengan berita-berita IM dan ilmu pengetahuan yang berguna. Pada keluaran kali ini disertakan sekali audio wawancara saudara Izudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kidino. Saya yakin ramai yang mengenali nama ini memandangkan beliau seorang IM yang agak lama menempa kejayaan di bidang perniagaan internet. Kalau anda salah seorang yang belum ‘familiar’ dengan nama tersebut, sila download Majalah IM edisi Ogos ini dengan segera:

MAJALAH IM EDISI OGOS

Antara kandungan menarik Majalah IM kesukaan ramai kali ini ialah:

  • Transkrip wawancara Kidino - oleh saudara Nasrun
  • Cara Tangani Kos Kehidupan - oleh saudara Tazilan
  • Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma - oleh saudara Zamri Nanyan
  • 7 Prinsip Keusahawanan - oleh saudara SmartZul

… yang lain-lain kalau nak tau kena download sekarang juga!

MAJALAH IM EDISI OGOS

Apakah Pilihan Cara Perniagaan Online Anda?

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Mungkin jika anda masih baru dalam bidang perniagaan internet, anda akan tercari-cari apakah jalan atau cara untuk anda menjana pendapatan melaluinya. Mungkin anda dah tahu, dalam internet banyak sekali cara untuk anda buat duit. Cara halal ada, cara haram pun ada (scam, skim cepat kaya dan yang sewaktu dengannya). Dah tentulah anda tak akan melibatkan diri dengan cara yang haram, betul tak?

Sememangnya dalam internet, anda akan dengar ada orang yang berjaya menjana pendapatan ribuan RM (bahkan dolar) sebulan. Jadi, apakah cara atau jalan yang mereka pilih untuk menjana pendapatan tetap melalui internet? Peluang perniagaan internet memang banyak, bahkan semakin hari semakin bertambah. Pasaran produk digital juga luas. Kalau kena caranya atau dengan bantuan produk-produk digital yang tertentu (yang boleh anda dapatkan dengan mudah di internet sekarang ni), anda mungkin boleh jadikan diri anda sebahagian dari mereka yang berjaya menjalankan perniagaan di internet.

Ada beberapa cara yang boleh anda cuba, antaranya:-

  • Iklan Secara Online (Online Advertising) - Kalau anda pilih cara ni, Google Adsense atau Bidvertiser boleh jadi pilihan anda. Hanya letakkan iklan di laman web atau blog anda, jika ada pelawat klik link iklan tersebut, anda akan dapat bayaran. Sistem ini lebih dikenali dengan PPC (Pay Per-Click). Jika jumlah trafik ke laman web atau blog anda tinggi, maka peluang anda nak dapat hasilnya agak cerah. Saya cadangkan anda dapatkan produk-produk yang mengajar tentang teknik Google Adsense atau Bidvertiser yang berkesan.
  • Pemasaran Affiliate (Affiliate Marketing) - Cara ini juga boleh dikatakan ‘popular’ di kalangan IM di seluruh dunia. Anda hanya perlu ’sign-up’ dengan sesebuah program affiliate sesuatu produk atau perkhidmatan, letakkan kod affiliate di laman web atau blog anda, tulis sedikit ‘review’ tentang produk tersebut dan anda akan diberikan komisyen di atas setiap jualan yang berlaku melalui link affiliate anda tersebut. Cara ini agak ’simple’ dan mudah, anda boleh mulakannya dengan segera jika anda sudah ada blog atau laman web sendiri.

Memiliki blog sendiri boleh dikatakan satu perkara yang agak ‘crucial’ jika anda benar-benar serius untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan internet. Selain daripada mendapat lebih kebebasan untuk menjalankan perniagaan anda sendiri, ia juga akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang Internet Marketer yang ‘boleh dipercayai’. Percayalah, sekarang ni untuk memiliki blog sendiri adalah mudah dan murah. Lebih baik lagi jika anda ada domain sendiri.

Cuma yang perlu anda yakin ialah peluang untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri sentiasa terbuka dan anda mampu untuk memulakannya bila-bila masa sahaja!

Teknik $1000 Sebulan Ariff Mustaffa

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Anda dah dengar tentang teknik $1000 sebulan saudara Ariff Mustaffa? Kalau belum, saya nak cerita sikit tentangnya. Nak dapatkan wang dengan duduk saja di rumah adalah satu perkara yang tak mustahil, itu kita semua tahu. ‘Duduk saja’ tu bukanlah bermaksud tak buat apa-apa langsung. Kalau tak buat apa-apa macam mana duit nak datang, betul tak? Apa yang perlu kita tahu ialah bagaimana cara dan teknik yang betul untuk menjana pendapatan dari rumah.

Saudara Ariff Mustaffa telah menghasilkan produk beliau iaitu Teknik 1000 Sebulan. Dalam produk beliau kali ini, saudara Ariff akan mengajar anda bagaimana untuk:-

  • mencari ‘keyword’ yang betul-betul berkesan dan berkemampuan untuk jana duit
  • memiliki blog yang tak banyak trafik tapi mampu memberikan pendapatan tetap kepada anda
  • menghasilkan ‘Money Machine Blog’ kurang dari 10 minit tanpa perlu upah sesiapa pun
  • menguruskan blog dengan baik, kekerapan mengepos artikel di blog anda dengan betul
  • ‘mencuri’ trafik dari blog lain dengan cara yang ‘legal’, bukan spamming

… dan banyak lagi teknik-teknik menarik yang ‘tak larat’ saya nak senaraikan di sini.

TEKNIK 1000 SEBULAN

Secara jujur saya katakan, saya rasa cukup tertarik dengan apa yang saudara Ariff cuba kongsikan dalam produknya kali ini. Bukan semua orang bertuah dapat menemui teknik dan strategi IM yang berkesan dan sanggup pula berkongsi dengan orang lain demi kemajuan bersama.

Produk Teknik 1000 Sebulan ini didatangkan juga bersama ’step-by-step Video Tutorial’ yang akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk ‘apply’ teknik tersebut. Selain itu, saudara Ariff menawarkan produk-produk yang berkualiti sebagai bonus tambahan untuk setiap pembelian.

Kesimpulannya, jika anda berminat untuk jana pendapatan dari internet dengan berkesan serta tanpa modal, saya cadangkan anda pertimbangkan dengan sebaik-baiknya peluang ini. Rebutlah peluang yang ada dengan segera. Siapa tahu, anda mungkin salah seorang yang akan berjaya menjadi IM yang bertuah memiliki sumber pendapatan yang lumayan dan tetap dari internet suatu masa nanti… jika anda mulakan langkah pertama anda sekarang juga!

Masa Untuk ZangoCash!

Assalamu’alaikum

Anda pernah cuba Google Adsense? Pernah cuba Bidvertiser? Bagaimana hasilnya? Kalau jawapan anda ialah “kurang memuaskan” atau “biasa je”, maka alamatnya anda perlu ‘beralih angin’ kepada ZangoCash. Ketahui bagaimana cara untuk menjana pendapatan sebanyak $100 sehari menggunakan teknik terbaru, terkini dan terbukti berkesan. Saudara Alang, nama yang tidak asing lagi dalam arena IM, telah menghasilkan panduan Rahsia Zango.

RAHSIA ZANGO

Saudara Alang mendedahkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana untuk menjana pendapatan lumayan melalui program yang dikenali sebagai ZangoCash. Dengan memiliki panduan ini anda akan dapat:

  • Mempelajari apa itu Zango dan bagaimana untuk memanfaatkannya dalam menjana pendapatan lumayan
  • Bagaimana untuk membuat laman web khusus untuk program ZangoCash
  • Bagaimana untuk mendapatkan isi kandungan untuk laman web tanpa memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris

… dan banyak lagi!

Di samping itu, saudara Alang juga menyediakan bonus-bonus khas yang tidak ternilai khusus untuk anda jika anda membeli panduan Rahsia Zango tersebut. Teknik yang diajar oleh beliau juga sangat sesuai dengan semua jenis program jana wang di internet.

Jadi jangan berlengah lagi, segera ke RahsiaZango.com untuk memperolehi maklumat lanjut tentang produk Alang yang hebat ini. Buatlah keputusan yang bijak demi kesenangan hidup anda di kemudian hari!


 Powered by Max Banner Ads