Evolusikan Minda Anda
Jul 15, 2008 Seminar/Kursus
Assalamu’alaikum
Tahukah anda, salah satu elemen penting untuk berjaya dalam apa jua usaha kita dalam hidup ini ialah kekuatan minda? Tahukah anda, kekuatan minda mampu mendorong kita untuk mencapai sesuatu yang di luar imaginasi kita? Atau mungkin anda tak pernah tahu bahawasanya kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT satu kelebihan luar biasa yang disebut KUASA MINDA?
Tak kira siapapun anda, bab kuasa minda adalah penting untuk anda terokai. Samada anda seorang bos, pekerja bawahan, guru, polis atau apa sekalipun pangkat dan jawatan anda, anda perlu tahu bagaimana untuk memanfaatkan kekuatan minda demi mencapai dan mengekalkan kejayaan dalam kerjaya dan hidup anda. Ya, hatta jika anda seorang usahawan internet sekalipun, pengetahuan tentang kuasa minda ini penting dalam membantu anda untuk berjaya mencapai apa yang anda impikan.
Sekarang anda dah tahu sedikit sebanyak tentang peri pentingnya kuasa minda dalam kehidupan kita seharian. Persoalannya, mana nak cari ilmu tentang bagaimana nak olah kuasa minda ni? Siapa yang sudi ajar tentang kekuatan minda ni?
Pihak Evolusi Minda akan menganjurkan satu seminar yang dipanggil ‘Seminar Evolusi Minda’ untuk mengajar para peserta tips-tips atau teknik-teknik untuk mengecapi kejayaan dan kekayaan dalam hidup dan bagaimana untuk mengekalkannya melalui apa yang dipanggil kuasa minda. Ramai yang telah mengikuti seminar ini mengakui telah mempraktikkan apa yang mereka pelajari dan telah merasai hasilnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang seminar yang penuh ilmu yang bermanfaat dan sukar untuk dicari ini, sila ke Evolusi Minda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Sertailah seminar yang bakal mengubah hidup anda, demi kejayaan dan kebahagiaan yang berterusan, serta diiringi rahmat dariNya Yang Esa.
Tags: Evolusi Minda, gelombang minda, kekuatan minda, kuasa minda, metafizik, seminar



/>
/>
/>