Powered by Max Banner Ads 

TIPS: 3 Langkah Mudah Jana Wang Melalui Internet

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Melalui pemerhatian saya, ramai orang yang nak cepat dapat duit banyak melalui internet tapi tak tahu caranya. Ya, saya pernah nyatakan sebelum ni, memang nak jana pendapatan yang lumayan dari internet ni tidaklah sesusah yang mungkin anda sangkakan, itupun kalau anda tahu cara-cara yang betul untuk melakukannya. Setelah saya buat ’survey’ ke forum-forum IM dan sebagainya, saya dapati masih ramai mereka yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘newbie’, asyik bertanyakan hal ini. Jadi kali ini saya terfikir untuk berkongsi sedikit tips-tips yang agak mudah (tapi mampu memberikan pulangan wang) dengan anda. Tips yang saya maksudkan ini agak ’simple’, iaitu melibatkan 3 langkah sahaja:-

PERTAMA: Dapatkan satu blog sebagai langkah pertama. Anda boleh ke Wordpress atau Blogger untuk maklumat lanjut tentang bagaimana nak memiliki blog percuma. Tapi saya cadangkan Wordpress sebab ia lebih ‘friendly’ dan ramai IM menggunakannya. Jika anda ada sedikit peruntukan, saya cadangkan anda dapatkan produk SmartZul, Pakej Kit Blogger. Produk ini sangat sesuai untuk anda belajar apakah blog dan bagaimana untuk membina blog sendiri tanpa perlu buang duit upah orang lain. Untuk pengetahuan anda, Google boleh dikatakan sangat ’suka’ blog. Anda rajin kemaskini blog anda, selalu update, maka peluang untuk blog anda naik ‘ranking’ dalam enjin carian Google adalah cerah. Ini bermaksud kemungkinan blog anda akan dapat lebih banyak ‘traffic’ adalah tinggi. Pening kepala dengan ayat-ayat di atas? Dapatkan Pakej Kit Blogger segera, InsyaALLAH pening kepala anda hilang (iklan sikit!).

KEDUA: Cari syarikat atau individu yang menawarkan program affiliate untuk produk-produk mereka. Anda ’sign up’ dengan mereka kemudian buat promosi untuk produk-produk affiliate mereka. Pastikan anda baca dan faham betul-betul syarat-syarat yang pihak yang menawarkan program affiliate tu sediakan. Buat promosi atau iklankan produk-produk mereka di blog anda. Nampak? Inilah gunanya blog. Ianya ibarat sebuah kedai untuk anda menjual barang-barang anda.

KETIGA: Tulis ‘review’ berkaitan dengan produk affiliate tersebut di blog anda. Langkah ini sangat penting untuk menarik pelawat-pelawat blog anda membaca dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk tersebut. Jika mereka beli produk tu, tuan punya produk dapat untung, anda pula dapat komisyen dari setiap pembelian, dapat untung juga. Sama-sama untung, tak ada siapa yang rugi. Saya cadangkan kalau boleh, anda cuba dulu sesuatu produk yang anda nak promosi tu. Barulah promosi anda lebih berkesan. Kalau anda sendiri tak cuba, macam mana anda nak jawab kemusykilan pelawat-pelawat blog anda berkaitan produk tersebut? Jadi lebih selamat anda cuba sendiri dulu baru buat promosi. Letakkan banner produk affiliate tersebut di blog anda dan pastikan link-link di blog anda tu ‘valid’. Ini akan membantu pelawat-pelawat anda membuat keputusan yang menguntungkan anda.

Saya yakin ketiga-tiga langkah di atas sangat ringkas dan mudah untuk anda ikuti. Anda boleh mulakan langkah pertama dan seterusnya hari ini juga. Cubalah dengan bersungguh-sungguh, InsyaALLAH anda akan nampak hasilnya.


 Powered by Max Banner Ads