Dapatkan Segera MajalahIM ke-5!
Jul 3, 2008 MajalahIM
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera
Lagi berita gembira buat anda! MajalahIM ke-5 telah pun terbit, jadi jangan tunggu-tunggu lagi, dapatkan segera di SINI. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Team Flarebiz mengalami sedikit masalah dalam menerbitkan Majalah IM edisi Jun ini menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguh. Bagaimanapun, Alhamdulillah masalah tersebut nampaknya telah berjaya diatasi oleh Team Flarebiz dan kini Majalah IM 5 telah pun berjaya menemui anda.
Antara isi kandungan yang menarik dalam MajalahIM keluaran kali ini ialah:
- Manusia ini Pelik… m/s 4
- Search Engine Optimization… m/s 6
- Anda Gagal! … m/s 9
- Resepi Kejayaan dengan Kekuatan Minda… m/s 11
- Anda Mahu Wang Tunai Segera? … m/s 13
… dan banyak lagi tajuk-tajuk yang sangat menarik.
Saudara Fuad Latip, seorang penulis baru yang merupakan pakar dalam SEO (Search Engine Optimization) akan berkongsi ilmu dengan anda tentang SEO. Sudah tentu ini adalah satu peluang keemasan yang tak patut anda lepaskan iaitu peluang mendalami ilmu SEO atau Search Engine Optimization.
Selain itu, ramai sifu-sifu dan otai-otai IM yang lain turut menyumbangkan artikel berkenaan dengan ilmu Perniagaan Internet dari pelbagai sudut. Nama-nama yang tidak asing lagi seperti SmartZul, Shamsuddin Kadir, Tazilan Ibrahim, Zamri Nanyan, Amirol, Irwan Dahnil, Amar Mahmood, Alang dan Galadriel tampil berkongsi tips-tips dan motivasi untuk anda. Kelainan paling nyata pada MajalahIM 5 kali ini ialah ia turut memuatkanĀ kartun yang dihasilkan oleh kartunis Ubi yang terkenal dengan lukisannya yang kemas dan memuaskan.
Dapatkan MajalahIM 5 dan sebarkan segera. Baca dan amalkan apa yang anda dapat darinya. InsyaALLAH usaha Team Flarebiz untuk memberi bimbingan tentang perniagaan internet kepada anda tidak sia-sia!
Tags: MajalahIM 5



/>
/>
/>