Powered by Max Banner Ads 

Satu Lagi Peluang Perniagaan

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah, setelah beberapa hari saya tak berkesempatan menulis entri baru untuk blog ini kerana kesibukan mengurus hal-hal harian, hari ini dapat meluangkan masa untuk menjenguk blog saya. Sebagaimana kita semua sedia maklum, sekarang peluang untuk memiliki perniagaan internet semakin luas. Di mana sekalipun, ada saja orang menganjurkan seminar atau kursus perniagaan internet. Ini membuktikan perniagaan internet semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita khususnya. Kali ini saya nak umumkan satu lagi peluang untuk anda mengikuti seminar perniagaan.

Saya ada satu berita gembira terutama sekali untuk anda yang tinggal di negeri-negeri Pantai Timur. Satu seminar mengenai Perniagaan SMS akan diadakan di negeri Kelantan. Untuk makluman anda, Perniagaan SMS masih jarang diterokai. Jadi, ini merupakan peluang keemasan untuk anda.

Berbalik kepada seminar tadi, ia akan diadakan pada 5hb Julai 2008 (Sabtu), bertempat di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu, Kelantan. Masa bermula dari pukul 8.30 AM hingga 5.00 PM. Seminar tersebut akan di kendalikan oleh saudara Irwan Dahnil yang mana tidak asing lagi di kalangan pengusaha perniagaan internet di Malaysia. Beliau akan mendedahkan tentang rahsia  menjana pendapatan melalui SMS. Anda pasti akan merasa teruja setelah didedahkan betapa mudahnya membuat pemasaran melalui SMS ini.

Jadi, saya cadangkan anda jangan melepaskan peluang ini. Pastikan anda dapat menyertai seminar Perniagaan SMS yang bertempat di Hotel Sutera Inn di Kota Bharu. Ingat, pastikan juga anda membuat tindakan susulan selepas menyertainya jika anda benar-benar ingin menjana pendapatan melalui SMS.

Bidvertiser: Alternatif Bagi Google Adsense

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya ada satu berita yang saya agak boleh jadi berita gembira kepada kebanyakan anda. Anda mungkin dah biasa sangat dengar Google Adsense, kan? Bagaimana pula dengan Bidvertiser? Pernah dengar tak? Sebenarnya Bidvertiser adalah sebangsa dengan Google Adsense tetapi Bidvertiser lebih ‘user-friendly’ daripada Google Adsense.

RAJA BIDVERTISER

Ya, kalau sebelum ni kita ada Raja Adsense, sekarang kita sudah ada Raja Bidvertiser. Untuk pengetahuan anda, Raja Bidvertiser adalah satu panduan untuk anda mengenali Bidvertiser dengan lebih dekat. Dapatkan segera Panduan Raja Bidvertiser oleh saudara Anwar @ Yakuza666. Anda akan diajar bagaimana untuk menambah pendapatan melalui program Bidvertiser ini. Ramai yang dah cuba teknik saudara Anwar dan telah terbukti teknik-teknik beliau sangat berkesan. Ada yang dah dapat pendapatan Bidvertiser yang pertama selepas beberapa minit mempraktikkan teknik beliau.

RAJA BIDVERTISER

Sila ke laman Raja Bidvertiser untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Panduan Raja Bidvertiser ini. Semoga usaha anda untuk meraih pendapatan melalui program-program di internet lebih rancak dan meriah dengannya.

Beberapa Produk Berguna Untuk Perniagaan Internet Anda (2)

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang saya janjikan pada entri yang lalu, saya akan membuat sedikit review tentang produk-produk yang berguna jika anda ingin memiliki perniagaan internet sendiri. Bagaimana dengan produk-produk yang saya sarankan kepada anda dalam entri yang lalu? Saya harap anda dah buat ’survey’ dan lebih bagus, beli produk-produk tersebut. Eh, jangan takut untuk keluarkan wang! Saya yakin anda akan dapat manfaat yang besar dari produk-produk tersebut jika anda betul-betul faham dan praktikkan apa yang anda pelajari darinya. Kalau nak berjaya dalam perniagaan internet khususnya, memang anda takkan dapat lari dari mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli produk-produk berkualiti. Produk-produk inilah yang akan membantu anda ‘meluaskan’ langkah dalam bidang perniagaan internet ni. InsyaALLAH, kalau anda betul-betul mempraktikkan apa yang diajar oleh otai-otai & sifu-sifu ebiz dalam produk-produk mereka, anda akan mendapat pulangan yang lebih baik.

Baiklah, kali ni sekali lagi saya nak kongsi dengan anda beberapa produk yang ‘reliable’ untuk perniagaan internet anda:

  1. Web Tools I v2.0 Best Collection oleh saudara Ahmad Syaifuddeen a.k.a Abooain. Pakej beliau yang ‘agak terkenal’ ini memang telah terbukti mendapat sambutan yang agak meriah. Untuk pengetahuan anda, Pakej Web Tools 1 ini mengandungi lebih dari 10,000 files terdiri dari pelbagai jenis grafik, template, header, footer, software, ebook dan bermacam-macam lagi keperluan untuk membina laman web. Jadi sekarang anda sudah jelas, kan? Pakej Web Tools 1 adalah sebuah produk yang dihasilkan khusus untuk anda yang mempunyai minat untuk membina laman web sendiri. Kalau anda dah ada idea dan rancangan untuk memulakan perniagaan internet, mungkin persoalan ini menghantui anda: macam mana nak bina laman web? Nak upah pakar, mahal la pulak. Mungkin beratus-ratus, bahkan beribu-ribu ringgit. Kalau itu yang jadi masalah anda, maka saya cadangkan anda dapatkan produk ini. Berbaloi, saya tahu sebab saya dah beli!
  2. Web Tools II Bonanza oleh Abooain. Ini adalah ’sequence’ untuk Pakej Web Tools I dari Abooain. Tujuan produk ini dihasilkan masih sama seperti Pakej Web Tools I, bezanya ialah Web Tools II Bonanza ni lagi ‘dahsyat’ dari yang pertama. Web Tools II Bonanza mengandungi lebih dari 150 produk ‘Private Label Rights’, ‘Master Resell Rights’ dan ‘Source Code’ terkini dan terhangat di pasaran. Ya, anda bukan saja dapat pakej grafik untuk laman web anda, bahkan setiap produk ‘Full Master Resale Rights’ yang terdapat di dalam pakej ini boleh dijual semula! Jadi, mula-mula anda beli, guna untuk diri anda disamping dapat menjana pendapatan pula darinya. Dua kali untung tuu!
  3. Raja Affiliate oleh saudara Syed Hafidz Al-Nashreaq. Ha, produk ni khusus untuk mereka yang fokus pada pasaran affiliate dan nak sangat jadi agen affiliate yang maju jaya. Kalau anda dah lama dok tercari-cari sumber ilmu tentang affiliate ni, maka jangan tunggu lagi. Dapatkan segera produk yang ’super berguna’ untuk jadi agen affiliate yang berjaya ini. Melalui produk ini, anda akan diperkenalkan tentang affiliate daripada asas, bagaimana cara memilih program affiliate yang terbaik dan boleh mendatangkan untung kepada anda, bagaimana untuk membuat promosi yang betul-betul berkesan dan baaaanyak lagi teknik dan tips yang terbukti berkesan. Kalau anda kekeringan idea dan produk untuk diniagakan di internet, maka kaedah affiliate memang sesuai dijadikan langkah alternatif dan produk Raja Affiliate ni adalah satu produk yang mesti anda miliki. Belajarlah dari A sampai Z tentang affiliate melalui ebook Syed Hafidz ini.

Macam mana? Saya rasa dah banyak produk-produk hebat yang saya review di sini. Anda boleh pilih mana satu produk yang sesuai dengan pendekatan yang digunakan dalam perniagaan online anda. Tak ada ruginya kalau anda beli produk-produk tersebut. Memang telah terbukti semuanya dapat membantu seseorang usahawan internet untuk terus maju dalam bidangnya. Apa yang penting, usaha anda mesti diteruskan disamping anda mempraktikkan apa yang anda pelajari dari produk-produk tersebut dengan penuh disiplin dan berterusan.

Cukup setakat ini saja dulu review dari saya, berjumpa lagi di entri berikutnya.

Beberapa Produk Berguna Untuk Perniagaan Internet Anda

Assalamu’alaikum

Saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera belaka. Alhamdulillah, saya pun baru je kebah dari demam. Maklum la, cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas, lepas tu hujan lebat pulak. Panas, sejuk, panas, sejuk, akhir sekali kesimpulannya, kena demam.

Tapi entri kali ni bukan la nak bercerita tentang saya. Dalam 2-3 hari ni saya tercari-cari topik apa yang sesuai untuk saya bincang dan kongsi dengan anda. Ya, tiba-tiba saya dapat ilham, iaitu topik berkenaan dengan produk-produk yang amat berguna untuk anda jika anda sudah bersedia untuk memulakan langkah pertama membina perniagaan internet anda sendiri. Saya sendiri pun ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang online business ni, tercari-cari jugak produk apa yang sepatutnya saya miliki untuk memajukan perusahaan internet saya ni. Jadi sekarang, kalau anda dah nak mulakan perniagaan internet anda tapi masih tercari-cari produk yang berguna untuk assist anda, jangan gusar. Saya ada beberapa produk yang sudah terbukti keberkesanannya dalam dunia ebiz yang boleh saya cadangkan kepada anda. Produk-produk tersebut ialah:-

  1. Pakej Lengkap Perniagaan Internet oleh Monakas (Mohd Najib Kasimin). Produk ini antara yang paling lengkap membicarakan tentang bagaimana untuk membina empayar perniagaan internet anda sendiri dengan lengkap dan terperinci. Pakej Lengkap Perniagaan Internet disediakan dalam bentuk ebook yang disusun rapi dan lebih 8 jam video tutorial yang disampaikan sendiri oleh Monakas. Anda akan diajar bagaimana untuk memulakan perniagaan internet, bagaimana nak menyediakan produk atau perkhidmatan di internet, apakah model-model perniagaan internet yang mendapat sambutan di pasaran dan banyak lagi ilmu-ilmu yang berguna terdapat di dalamnya. Pendapat saya, produk ini adalah wajib anda miliki jika ingin menguasai ilmu perniagaan internet.
  2. Pakej Web Jualan Evolusi oleh Mohd Amirol Zolkifli. Di dalamnya anda akan didedahkan dengan ilmu-ilmu yang penting dan cukup berguna tentang selok-belok perniagaan internet seperti asas-asas perniagaan internet, domain dan hosting, bagaimana nak membina web jualan, memasang sistem pembayaran dan lain-lain. Ia juga dilengkapi dengan video sokongan yang akan memimpin anda untuk memahami bahagian-bahagian teknikal yang terdapat dalam Pakej Web Jualan Evolusi.
  3. Pakej Kit Blogger oleh SmartZul. Jika anda masih terkial-kial untuk memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan blog dan blogging, maka produk ini memang sangat berguna untuk anda. SmartZul telah membuktikan kepakarannya dalam blogging dengan mengeluarkan produknya sendiri, Pakej Kit Blogger. Dengan produk ini anda akan diajar langkah demi langkah secara terperinci tentang apakah blog, cara untuk membina blog anda sendiri dan banyak lagi hal-hal berkaitan dengan blog. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pun mula memahami tentang blogging setelah membaca dan mempraktikkan apa yang diajar dalam Pakej Kit Blogger ni. Memang saya akui produk ini cukup berguna sekali untuk mereka yang ingin memiliki blog sendiri. Tak payah buang duit upah orang untuk setup blog anda, anda boleh lakukan sendiri segala-galanya. Juga didatangkan sekali video tutorial yang akan membantu anda memahami langkah-langkah membina blog sendiri.

Terdapat banyak lagi produk-produk lain yang membantu anda memantapkan lagi ilmu perniagaan internet anda, tapi saya rasa cukuplah 3 produk di atas untuk kali ini. Saya akan senaraikan lagi produk-produk lain di entri yang akan datang, InsyaALLAH. Sekarang, jika anda belum ‘familiar’ dengan 3 produk ‘hangat’ tersebut, saya cadangkan anda lakukan ‘research’ dengan segera. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki ketiga-tiga produk di atas kerana setiap satunya memiliki ilmu perniagaan internet dari sudut yang berlainan. Ketiga-tiganya mengajar anda tentang asas-asas perniagaan di internet dan sekaligus memimpin anda dalam menjayakan usaha anda dalam bidang ebiz.

Peringatan!! Pastikan anda praktik ilmu-ilmu yang anda dapat dengan berdisiplin dan bersungguh-sungguh, barulah anda akan dapat hasilnya. Kalau beli sesuatu produk, jangan setakat beli dan baca saja, tapi amalkanlah ilmu yang diperolehi dengan segera. InsyaALLAH anda akan kecapi hasilnya.

Wassalam

Rahsia Besar Labanon - Pakej Rahsia 10k

Assalamu’alaikum

Bagaimana? Anda dah buat tempahan Pakej Rahsia 10k? Ke dah dapat dah pun? Memang puas hati betul, ye tak? Bukan saja Pakej Rahsia 10k ni berkualiti dan diakui oleh pakar-pakar IM, bahkan disertakan sekali dengan bonus-bonus yang cukup-cukup berguna untuk membantu anda dalam mengusahakan perniagaan internet. Tahniah Labanon kerana bukan saja telah menghasilkan satu produk yang menggemparkan, tetapi juga telah membantu komuniti ebiz meningkatkan lagi kualiti usaha mereka dengan mengajar mereka bagaimana untuk bertindak dengan betul. Masakan tidak, ramai otai-otai dan sifu-sifu IM mengakui keunikan, kehebatan dan keberkesanan teknik-teknik perniagaan internet yang terdapat dalam Rahsia 10k. Bahkan ada yang mengatakan banyak sekali rahsia pakar-pakar perniagaan internet dibongkarkan didalamnya!

RAHSIA 10k

Jadi, kepada anda yang belum dapatkan lagi produk ni, segera la berbuat demikian sebelum tuan punya Rahsia 10k ni menaikkan harganya. Sekarang ni masih di awal pelancaran, jadi harga masih murah. Mana la tau kut-kut lepas ni tuan punya produk ni naikkan harganya dari RM47 kepada RM ratus-ratus (tehehe). Dah la murah, berkualiti, bonus-bonus yang diberi pula memang hebat-hebat dan hangat-hangat belaka.

RAHSIA 10k

Tahniah lagi sekali saya ucapkan kepada Team Flarebiz umumnya dan Labanon khususnya kerana sudi dan berani membongkarkan rahsia kejayaan anda untuk dikongsikan bersama para IM lain, demi meningkatkan kualiti kerja komuniti ebiz ini. Jadi tunggu apa lagi, harga minyak dah naik, segera la dapatkan PAKEJ RAHSIA 10k dan mula bertindak untuk membina empayar perniagaan internet anda sendiri demi untuk menambah pendapatan!

Download Laporan Khas ClickBank Percuma, Sekarang!

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Mawardee sekali lagi menggemparkan dunia ebiz dengan produk barunya, Laporan Khas ClickBank. Kalau sebelum ini beliau menghasilkan Laporan Khas JV Give Away & Kumpul Prospek, kali ini beliau fokus pada ClickBank. Dalam laporan ini, Mawardee menyenaraikan ‘7 Kesilapan Utama IM (Internet Marketer) Di ClickBank Yang Boleh Membawa Risiko Maut’. Wah! Macam ‘brutal’ je bunyinya. Melalui laporan ini juga Mawardee cuba memperkenalkan ClickBank kepada anda dengan lebih dekat lagi. Kalau anda nak tahu secara ringkas apa yang diperkatakan oleh Mawardee dalam laporan ini, saya senaraikan beberapa ‘point’ penting yang terdapat didalamnya:

  1. Memahami Konsep Asas Affiliate… (apakah sebenarnya ‘affiliate’ dan bagaimana ia berfungsi?)
  2. ClickBank dan Cara Ia Berfungsi…
  3. Jenis-Jenis Status Keahlian di ClickBank…
  4. Produk-Produk Yang Terdapat di ClickBank…
  5. 7 Kesilapan Usahawan ClickBank…

dan banyak lagilah! Tak terdaya la pulak saya nak senaraikan semuanya di sini. Saya cadangkan anda dapatkannya segera dan baca sendiri sampai puas… ahaha!

Laporan Khas ClickBank

Kalau anda rasa anda ‘kureng’ faham dan masih baru serta ingin berjinak-jinak dengan ClickBank, maka dapatkan segera laporan khas ini. Ianya menyentuh pengetahuan asas tentang ClickBank. Pengetahuan asas je? Buat mende? Orang nak belajar ilmu tahap tinggi terus! Silap tu. Kalau nak belajar kena la mula dari bawah, kena tahu perkara-perkara asas dulu. Baru la anda boleh faham tentang apa yang anda pelajari tu dengan baik.

Baiklah, jangan tunggu lagi, dapatkan sekarang juga. Saya jamin anda memang perlukan laporan Mawardee ini kalau anda baru nak berkenalan dengan ClickBank. Jangan tak tahu, melalui ClickBank ini ramai orang dah berjaya jadi OKB (Orang Kaya Baru). Manalah tahu kalau-kalau anda pun bakal jadi OKB melalui ClickBank ni macam mereka, ye tak?

Laporan Khas ClickBank

Selamat mendownload dan berjaya dalam perusahaan internet anda!

Perniagaan Internet - Tidak Ada Apa Yang Mustahil

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Macam mana? Dah download audio ‘Temubual Eksklusif Bersama Labanon’? Kalau belum, jangan tangguh-tangguh lagi, download sekarang juga. Kalau dah download, bagus dan tahniah saya ucapkan kepada anda. Mungkin anda dah dengar temubual eksklusif tersebut, jadi saya nak tanya apa yang anda dapat darinya? Ooo… banyak! Kalau itu jawapan anda, maka anda memang faham betul apa yang diperkatakan oleh Labanon tu. Saya tahu sebab masa saya mula-mula dengar audio tersebut saya rasa memang berbaloi download. Banyak pengetahuan baru yang sebelum ni tak terfikir pun dek akal ni (mungkin sebab ilmu saya dalam bidang ebiz ni masih cetek), disampaikan oleh Labanon dalam keadaan santai dan bersahaja.

Mustahil ke boleh dapat duit ribu-ribu melalui internet ni? Jawapan ikhlas dari saya, tidak mustahil sama sekali! Contoh terbaik, Labanon sendiri. Beliau berjaya membuktikan usia muda bukan penghalang kepada kejayaan. Asalkan ada kemahuan dan minat, InsyaALLAH boleh berjaya. Jadi soalnya sekarang, macam mana la nak berjaya jana wang sampai ribuan, bahkan puluhan ribu sebulan nih? Nak dapatkan RM2-3 ratus sebulan pun susah. Lain la kalau kerja makan gaji. Masalahnya kalau kerja makan gaji susah sikit la nak kaya, ye tak?

Jawapan bagi soalan di atas tu, tidak lain dan tidak bukan ialah; minat dan fokus kena ada. Bagaimanapun, satu perkara yang anda harus ingat, bukan semua orang mampu berniaga. Bukan semua orang mampu berjaya dalam perniagaan internet. Macam yang Labanon jelaskan dalam temubual tersebut, kalau anda menceburi bidang perniagaan internet ni dengan target nak dapatkan duit semata-mata, susah la anda nak berjaya. Tapi kalau anda jalankan perniagaan internet ni sebab minat disamping target nak dapatkan income tambahan, InsyaALLAH cerah masa depan anda. Sebab bila ada minat, tak kira la seganas mana ujian melanda dalam perniagaan anda, anda tak akan cepat putus asa dan mengalah.

Ada orang buat kerja bukan atas dasar minat, maka peluang nak kena serang dek virus stress memang besar. Bayangkan la, kita terpaksa buat kerja yang kita tak minat. Tambahan pula bidang perniagaan ni antara bidang yang banyak cabaran. Kalau tak kuat semangat, memang setakat separuh jalan je la perniagaan anda, ye tak?

Fokus juga merupakan satu faktor yang amat penting dalam menguruskan perniagaan internet. Fokuskan terhadap apa yang anda sedang lakukan sekarang. Kalau anda sedang menjalankan jualan produk-produk affiliate, maka bagi tumpuan sepenuhnya sehingga anda berjaya dapat pulangan darinya. Setelah itu barulah anda belajar buat benda lain, contohnya adsense.

Kesimpulannya, nak jadi kaya melalui perniagaan internet ni memerlukan sifat-sifat usahawan dalam diri anda. Kalau anda seorang yang cekal, kuat berusaha, berdisiplin, maka anda boleh teruskan niat anda untuk menceburi bidang perniagaan internet ni. Kalau anda rasa anda tak ada sifat-sifat usahawan sebegitu, maka sebaiknya lupakanlah dulu niat anda tu. Mungkin anda boleh cari pekerjaan lain yang bersesuaian dengan diri anda.

Bagaimana pula dengan sesetengah orang yang mengatakan perniagaan internet ni satu pembohongan? Biasanya orang-orang macam ni tak dapat gambaran yang sebenar tentang perniagaan internet. Mereka mungkin salah aggap yang perniagaan internet ni sama macam skim cepat kaya. Umum mengetahui skim cepat kaya terang-terang menipu orang ramai. Secara jelasnya, perniagaan internet dan skim cepat kaya tak sama.

Saya rasa tak perlulah saya nak syarah panjang-panjang tentang hal ni. Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang hakikat perniagaan internet dan ketidakmustahilan nak dapat wang ribuan ringgit dari internet ni, saya syorkan anda dengar temubual eksklusif bersama Labanon. InsyaALLAH persepsi anda tentang perniagaan internet ni akan berubah.

Ingatlah, anda hanya akan berjaya kalau ada kemahuan untuk berusaha.

Percuma! Temubual Eksklusif Bersama Labanon

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Team Flarebiz telah melancarkan satu produk digital iaitu audio interview bersama Labanon. Apa kelebihan interview ni? Oh, banyak! Anda nak tahu lebih mendalam maksud sebenar perniagaan internet? Nak tahu macam mana cara yang betul untuk menjana wang melalui internet? Perlukan tips-tips atau strategi yang berguna untuk menjalankan perniagaan internet anda sendiri? Nah, anda akan dapat semua tu dalam audio interview ini. Team Flarebiz nampaknya memang berusaha untuk memberikan sesuatu yang berguna kepada komuniti ebiz ni. Apa pun, yang paling ‘best’ sekali ialah, audio interview ini adalah percuma! Anda boleh dapatkannya di SINI.

Kalau anda dah bersedia untuk mengubah tanggapan negatif terhadap perniagaan internet, maka anda kena dapatkan interview ni. Rugi kalau anda tak dapatkannya sebab banyak maklumat yang berguna di dalamnya. Semua maklumat tu anda boleh segera praktikkan untuk menjana pendapatan dari internet. Tak percaya? Ai, takkan tak kenal Labanon kut?!

Tambahan pulak sekarang ni isu harga minyak dan barang naik tengah ‘meletup’, jadi selain kena berjimat-cermat kena la jugak cari pendapatan tambahan, ye tak? Salah satu cara mendapatkan pendapatan tambahan yang mudah dan halal, melalui perniagaan internet ni la.

Temubual Eksklusif Bersama Labanon

Dapatkannya segera dan cuba hayati apa yang nak dikongsikan bersama oleh Labanon dalam interview ini. Selamat mendownload dan memiliki empayar perniagaan internet sendiri!

Jualan Jana Wang Adsense v2.0 Dibuka Semula

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Dek kerana terlalu banyak order yang diterima, saudara Munawar terpaksa menutup sementara jualan ebook Jana Wang Adsense versi 2.0 baru-baru ini. Banyak sangat order yang diterima sampai server pun down! Bayangkan la betapa dahsyatnya sambutan orang ramai terhadap ebook Jana Wang Adsense v2.0 beliau.

Bagaimanapun, penjualan Jana Wang Adsense v2.0 akan dibuka semula pada hari Khamis 5 Jun 2008 pada pukul 9.30 pagi. Jadi cepat-cepat la buat tempahan bila sampai tarikh tu nanti. Anda boleh hentikan segera pencarian terhadap maklumat berkaitan dengan program Adsense dan fokus pada ebook saudara Munawar tersebut. Ini kerana tidak syak lagi ebook Jana Wang Adsense v2.0 adalah yang terbaik dan paling lengkap tentang program  Adsense. Rugi sangat-sangat la kalau anda terlepas peluang keemasan ni. Pastikan anda buat tempahan hari Khamis 5hb Jun ini sebelum jualannya ditutup sekali lagi.

Ebook Jana Wang Adsense v2.0 ini boleh dikatakan satu produk ‘must have’ bagi anda kalau anda betul-betul serius untuk melibatkan diri dengan program yang ‘famous’ ni. Untuk setiap pembelian ebook Jana Wang Adsense v2.0 ini, saudara Munawar juga ada sertakan sekali produk-produk bonus yang ‘umphh!’ habis. Nak tau lebih lanjut, sila dapatkan maklumat tentang ebook ni secara panjang lebar di Jana Wang Adsense versi 2.0.

p/s: Beli, jangan tak beli. Nanti rugi, menyesal nanti :D

Rahsia10k - Besar Punya Rahsia

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Sekali lagi Labanon  menunjukkan ‘taring’nya melalui ebook Rahsia10k. Ada apa dengan ebook Rahsia10k? Labanon akan berkongsi dengan anda tentang rahsia pencapaiannya selama ini. Apa yang menjadi faktor-faktor kejayaan beliau sehingga beliau begitu dikenali dalam dunia ebiz ni? Apa yang beliau lakukan sehingga mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui perniagaan internet? Dalam masa sebulan beliau berjaya mendapat RM10,000 (USD3,083)! Memang dah sah si Labanon ni bukan calang-calang orangnya.

Kalau anda rasa kagum dan hairan serta tertanya-tanya tentang hal ni, maka sekarang ni anda sudah boleh bertenang-tenang. Kenapa? Sebab Labanon akan mendedahkan rahsia kejayaan beliau tanpa berselindung lagi menerusi ebook Rahsia10k ini nanti. Anda boleh ke SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rahsia10k ini.

Waduh, waduh! Syok banget! Bila boleh dapat ebook nih?? Sabar dulu, ebook Rahsia10k ni belum lagi dilancarkan sekarang. Ia dijangka akan berada di pasaran pada 10hb Jun 2008. Jadi apa yang perlu anda buat sekarang ni ialah, tanda tarikh tersebut di kalendar peribadi anda dengan meletakkan tanda ‘Nuclear Countdown’ (bwahaha!). Terus terang saya katakan, mengikut pandangan mereka yang dah baca ebook ni, Labanon memang betul-betul berkongsi pengalaman pahit manis beliau selama berkecimpung dalam bidang perniagaan internet ni. Sangat sesuai samada untuk ‘newbie’ ataupun ‘otai’.

Ingat tarikh keramat tu betul-betul, ye? Saya pun baru je lepas tanda tarikh tu kat kalendar PC saya. InsyaALLAH sampai masanya nanti kita sama-sama dapatkan produk tersebut. Saya pun tak sabar jugak nak baca sendiri apa yang akan dikongsi oleh Labanon didalamnya tu nanti. Sama-sama la kita tunggu!


 Powered by Max Banner Ads